Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 23 November 2011

Smile je ler...

Smile? tu jela dapat aku tuturkan,namun dalam hati ini terbuku suatu perasaan yang sukar diolahkan...kenapa bisa berlaku?ah..entahlah..titis air mata ini tidak mampu menahan lagi,sebab aku diperolokan dan dilayan sebegini.Mungkin aku bukan insan terpilih untuk disayangi,tidak mengapa,aku tahu kedudukan aku bagaimana.Hari yang aku lalui semenjak dua menjak ini begitu sukar dengan segala hal yang berlaku.Hanya yang mengerti yang bisa tahu apa yang berlaku.Mungkin aku bukanlah anak yang solehah mahupun yang baik akhlaknya seperti keluarga yang lain.Aku cuma perlukan perhatian dari mereka.Tapi hal ini berlaku,ini semua berpunca kerna dia.Sebolehnya ingin aku terus lari dan lari tapi aku tidak bisa untuk lari kerana aku juga mausia yang selalu bergantung kepada mereka.Aku sedar seharusnya aku lebih matang melihat semua ini,namun aku tak boleh untuk melihat kematangan mereka yang dari dulu sikap nya asyik sama saja.aku sudah serik dengan semua ini.Seandainya aku kini bisa membalas apa yang mereka lakukan,aku tidak boleh kerna begitu banyak budi dan kepeliharaa mereka kepada ku sangat tidak terkira & tak ternilai hitungnya.Aku sering bertanya adakah aku insan paling malang di dunia ini?yang tidak boleh mencapai kebahagian?ternyata aku salah,aku tahu dunia ini sementara,sekiranya sekujur badan sudah dikafankan aku akan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya dan aku meneruskan kehidupa di akhirat nanti.Tapi bisakah aku hidup lebih aman dan bahagia di akhirat sana?sudahkah banyak kah amalan ku?lagipun dosa-dosa yang ku buat belum lagi terhapus,tapi dengan keampunan itu aku tetap berdiri memohon kerna diri ini sudah banyak merosakkan dan melanggar perintah NYA..ya,aku tahu mungkin ada manusia yang lain juga lebih teruk daripada yang aku terima.Aku cuma boleh bersyukur sebab ALLAH memberikan pelbagai cubaaan terhadap diri ini,selalu juga menduga aku bermacam-macam masalah..Namun aku harus kuat melawan perasaan dan hati.jika diikutkan hati dan perasaan memang boleh bawa mati..
Sekarang aku bagaikan manusia yang mudah berputus asa,sebab apa?tulang belakang yang membimbing ku tak pernah ambil tahu akan aku,aku rasa jauh sekali hati ini,rasa air mata sudah kering dan tak mampu untuk menangis lagi.
Mungkin DIA lebih tahu mengapa ini berlaku.Hanya dengan cubaan ini lah aku masih mampu menahan tapi sampai bila?tahap kesabaran dan tahap level keimanan aku masih belum utuh lagi.ERmm.....Dengan izin NYA aku mampu menahan semua ini.Tengok la andainya dirikku dibiarkan sja begini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kisah dongeng yang tidak lah dongeng